0

‘Budget Dapat One Night Stand, Ingat Aku Janda Gersang..’

Zarina Anjoulie Lavocah merupakan seorang insan seni yang aktif berlakon dan pernah popular satu ketika dulu. Namun kini Zarina Anjoulie lebih selesa untuk tidak terlibat dalam mana-mana lakonan dan lebih menumpukan perhatiannya terhadap perniagaan jamu yang diusahakan sendiri.

Terkini, dia memuatnaik satu status panas dengan memberikan amaran kepada mana-mana lelaki berstatus suami orang agar tidak menganggunya menerusi no WhatsApp yang ditinggalkan di laman Instagram bagi tujuan perniagaan.

‘Ni bukan soalan open, dah sah-sah kau jantan’

Zarina mendedahkan satu perbualan dirinya bersama seorang pelanggan yang didakwa sengaja menyamar untuk membeli produk yang dijual olehnya.

‘Budget dapat one night stand.. ingat aku janda gersang’

Dia memberi amaran untuk mendedahkan no telefon mana-mana lelaki melayu yang cuba menghubunginya untuk tujuan yang tidak baik melalui akaun instagramnya jika ada yang menganggu lagi.

‘Tak ada nya gersang, dalam peti ais penuh dengan timun..’

Dia juga menerusi captionnya berkata tidak mahu terlibat dengan kisah-kisah cinta melibatkan suami orang seperti beberapa artis lain sehingga bergaduh dan dipanggil ke Melodi.

Credit: zarina_anjoulie via Ohbulan

Zarina Anjoulie Gaduh Dengan Ex Husband Di IG

BERKENALAN di Instagram, apabila sudah bercerai pun Instagram menjadi ‘medan pertempuran’ antara pelakon Zarina Anjoulie dan bekas suaminya, Pengiran Mohd. Ilham Shazwan.

Setelah sah bercerai tahun lalu, Zarina dan bekas suaminya nampaknya masih belum berdamai kerana mereka berdua sering dilihat ‘menyerang’ satu sama lain di laman Instagram masing-masing.

Pasangan ini berkahwin secara senyap-senyap pada 8 Februari 2015 dan bercerai pada 16 Disember 2016.

Pergaduhan mereka itu bersifat serangan peribadi dan saling tuding-menuding jari terhadap kelemahan diri masing-masing. Kami baca pun malu tau, gulp!

Bekas suami Zarina dikatakan sering memuat naik Instastory mengutuk bekas isterinya dan ‘perniagaan haram’ yang wanita itu usahakan.

Zarina pula membalas dia bersyukur tidak perlu menjual dadah untuk menampung kehidupannya kini dan bahagia mencari duit daripada sumber rezeki yang halal.

Dalam tenang menghadapi drama ciptaan bekas suaminya yang berwarganegara Brunei itu dan sempat melantik lelaki itu untuk menjadi stokis tunggal produk jualannya di negara tersebut.

Kami tidak tahu bagaimana atau mengapa ‘peperangan’ tercetus di antara mereka, tetapi apa-apa pun perlu ke dilakukan di hadapan khalayak? Kalau ya pun tiada lagi perasaan sayang, tidak perlulah aibkan diri masing-masing di laman sosial. – MYNEWSHUB.CC

0

35 Foto Mengelirukan, Sukar Untuk Melihat Hanya Sekali.

Pernahkah anda melihat kucing dengan machine gun? Hari ini, anda akan melihatnya.

Apa yang diperlukan pada hari ini hanyalah klik pada butang dan kamera anda akan mendokumenkan segala-galanya di sekeliling anda. Walau bagaimanapun, kadang-kadang permainan cahaya, bayang-bayang, dan garisan mencipta kesan khas adalah yang paling tidak dijangka.

Kami telah mengumpulkan beberapa gambar yang mengandungi beberapa makna tersembunyi yang anda tidak akan nampak jika hanya lihat sekali sahaja.

Terdapat bonus untuk anda pada akhir artikel ini – beberapa gambar dari jurugambar profesional Jonathan Higbee yang mengkhusus dalam mengambil gambar secara kebetulan.

Enjoy!

1. Adakah ini ayam goreng atau anak anjing?

2. Ia hanya sebuah beg.

3. Cantik seluar.

4. Nampaknya minuman ini memberi amaran kesihatan tentang bahaya alkohol.

5. Hi, hello.

6. Nampaknya seseorang sedang mandi sebelum saya.

7. Jika anda amati betul-betul gambar ini, kucing ini seakan-akan sedang termenung jauh memikirkan nasibnya.

8. Stail rambut yang sungguh hebat.

9. Kucing ini seperti sedang memegang sebuah machine gun.

10. Koktel yang sungguh menyeramkan.

11. Seperti muka yang sedang merajuk. Saya betul-betul minta maap.

12. Bayang-bayang seperti unicorn.

13. Oleh kerana permukaan air itu tersangatlah jernih, perempuan itu seakan sedang terapung di atas air.

14. Semut itu seakan-akan sedang melakonkan sebuah filem aksi yang epik.

15. Wow, ini hebat.

16. Ini adalah spesies yang amat jarang sekali. Anjing rusa.

17. Sebuah kentang melihat anda seolah-olah ia memahami apa yang akan berlaku tetapi ia mempercayai anda sepenuhnya. Pengadun itu melihat pada kentang itu seolah-olah ia tidak faham bagaimana ia boleh membuat kentang ke dalam bentuk ini. Tragedi hubungan yang tidak sihat.

18. I’m sexy and I know it.

19. Tangan yang panjang.

20. Babunzila.

21. Comelnya.

22. Serius sangat ni.

23. Kaki… mana kaki?

24. Besar rupanya tapak kaki dia.

25. Hehehe.

26. Kebolehan terpendam: Terbang atas air.

27. Burung gergasi?

28. Huehuehue…

29. Tangan bersambung kaki?

30. Sila duduk bersila atas air.

31. Apabila wanita tumbuh tanduk.

32. Seram pula tengok lama-lama.

Bonus: kebetulan biasa dari seorang jurugambar New York, Jonathan Higbee.

33.

34.

35.

Jangan lupa untuk Like & Share.

Sumber: gontuni.com

0

Sungguh kejam! Wanita Cantik Jatuh Gaung Diperkosa Sebelum Ditolong..

Sungguh kejam! Wanita Cantik Jatuh Gaung Diperkosa Sebelum Ditolong. Seorang gadis cantik bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris di Vietnam, dikenali sebagai Hannah Gavios, 23, dari New York, Amerika Syarikat sedang bercuti di Krabi, Thailand.

Hannah pada malam hari itu meluangkan masa di pantai sehingga waktu malam, dan ketika hendak pulang dia tersesat dan terlupa jalan hendak tempat penginapannya.

Dalam usaha untuk kembali pulang, Hannah terjumpa sebuah kedai lalu bertanyakan kepada seseorang yang berada di situ untuk memandunya pulang ke tempat penginapan.

Wanita Cantik Jatuh Gaung Diperkosa Sebelum Ditolong

Waktu itu telah pun jam 11 malam, walaupun ragu-ragu dengan pelawaan dari salah seorang lelaki pekerja di tempat itu namun Hannah terpaksa mengikut sahaja kerana terlalu keletihan dan ingin sekali berehat.

Ketika perjalanan menuju ke tempat penginapan, ternyata laluan yang ditunjukkan oleh lelaki itu adalah satu tempat kawasan gelap dan tidak semena-mena lelaki itu cuba untuk memperkosa Hannah. Meronta dan cuba melepaskan diri, Hannah sempat menggigit telinga si pemerkosa lalu memberikannya sedikit peluang untuk menjarakkan diri.

Ketakutan dan ingin menyelamatkan diri, Hannah berlari sekuat hati di kawasan gelap itu dan tanpa diduga Hannah telah terjatuh ke dalam gaung sedalam lebih kurang 45 meter.

Wanita Cantik Jatuh Gaung Diperkosa Sebelum Ditolong

Walaupun tersangkut dan tersadai serta beberapa hantukan menimpa Hannah, akhirnya dia terbaring di semak samun dengan kaki patah dan kecederaan pada pinggang.

Ruangwong lelaki nafsu binatang yang cuba memperkosa Hannah lantas turun ke bawah gaung itu untuk mencari Hannah yang kini tidak boleh bergerak.

Melayan nafsu binatangnya Ruangwong bukan datang untuk menyelamatkan Hannah tetapi memperkosa Hannah sehingga kepuasan sebelum beredar pulang.

Setelah terdampar beberapa jam di hutan dalam keadaan tidak sedarkan diri, akhirnya Ruangwong datang semula ke tempat Hannah dengan membawa ambulans untuk misi menyelamat.

Setelah mendengar khabar dari Thailand, kedua ibu bapa Hannah bergegas terbang ke Thailand untuk menjaga Hannah yang kemungkinan lumpuh dan sedang dirawat di sebuah hospital di Thailand.

Wanita Cantik Jatuh Gaung Diperkosa Sebelum Ditolong

Setelah didapati bersalah, Ruangwong dikenakan hukuman hanya 5 tahun penjara dan keputusan itu dirasakan oleh Gwen (ibu kepada Hannah) adalah sungguh tidak adil kerana Hannah harus berhadapan dengan situasinya sepanjang hayatnya serta keluarganya akan membelanjakan USD200,000 untuk rawatan fisioterapi.

Sumber : dahkebulum

0

Kisah Budak Gila Meruntun Jiwa..Sekarang Sangat Mengejutkan Pasal Beliau !

Pernah Dipanggil Gila Selepas Tengok Emak Digilis Lori, Kisah Sedih Gadis Ini Meruntun Jiwa Netizen

Hidup ini penuh dengan liku-liku kehidupan yang mencabar. Lain orang lain pula cabaran dan dugaan yang menimpa. Namun, itulah yang dinamakan takdir.

Luahan seorang gadis yang dikenali sebagai El amat meruntun jiwa sesiapa yang membacanya. Kehilangan ibu bapa dari kecil mengajar gadis tersebut erti kehidupan. Kisahnya seperti dalam drama namun ini adalah realiti hidup yang perlu ditempuhinya.

‘Ibu Bapa Meninggal 17 Tahun Lepas’

Orang tua pergi menjala, menjala sambil mata tertutup.

Dulu anakmu dianggap gila, kini mampu teruskan hidup.

Terima kasih Mama, Ayah

Alright, itu memang kedua ibu bapa kandung saya. Mama dan Ayah saya. They passed away few years ago. Mama meninggal 17 tahun lepas. Kami kemalangan jalan raya pada 28hb Ogos 2000. Ayah pula meninggal pada 22 Jun tahun 2006. I was 10 and saya anak tunggal. Cuma ada seorang kakak tiri (anak mama dengan suami pertama, manakala saya anak mama dengan suami kedua). lepas 4 bulan..

Pakcik saya hantar saya ke rumah anak yatim di Ampangan, Seremban. Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan menjadi rumah baru untuk saya tinggal. Pakcik saya janji untuk ambil saya balik bila saya cecah umur 12 tahun. Saya tunggu. Tapi, saya jadi penunggu. Tahun pertama, kedua dan akhirnya saya mula biasa tak pulang ke kampung. Saya tinggal je dekat orphanage tu even kawan kawan lain balik bercuti. Alhamdulillah Allah.

Owner orphanage tu pun kami panggil Mama Ayah. Mula mula saya tak biasa. Hampir toreh tangan saya sendiri sebab tertekan. Saya rindu mereka. Saya tiada sesiapa di Seremban. Keluarga kakak tiri pun dah mula jarang lawat saya. Bila saya call, baru diorang datang dan ambik saya. Saya ada parut didagu. Waktu saya sekolah rendah, kawan kawan ejek saya. Kata saya miskin, busuk. Waktu tu, ayah pun dah tak ada.


‘Doktor Kata Saya Berhalunisasi, Kawan Panggil Gila’

Ada masa saya tertidur dekat luar rumah sebab kakak tiri saya keluar dengan suami dan anak dia. Tapi lepas saya masuk rumah anak yatim, tak lagi. Saya dipanggil gila. Sebab apa?

1. Lepas seminggu Ayah meninggal, saya terlupa tu. saya tunggu Ayah hari2 jemput saya balik dari sekolah.

2. Setiap kali saya nak main dengan kawan kawan, saya akan kerumah diorang berjalan kaki seorang diri, lintas jalan, dan hampir dilanggar.
3. Disebabkan takut dengan budak kampung yang nakal, saya akan bagi diorang guna basikal saya, pukul saya. sebab ayah takda nak backup.

4. Saya dipanggil gila, depan muka sebab waktu ambik result UPSR, saya terus ke public phone. Nak dial number penjaga, terdial number Ayah. Kena gelak dengan kawan kawan masa tu. Apa boleh buat daaa. Saya excited dapat 2A masa tu. Subjek Sains pulak tu.

5. Ada doktor kata saya berhalusinasi tentang kemalangan keluarga saya. Iya. Waktu kemalangan, saya hanya berumur 4 tahun. Memang kecik.

‘Kami Dilanggar, Mama Digilis Lori’

Kami kemalangan waktu malam. Saya saja saksi yang dapat menyaksikan macam mana keadaan masa tu. KAMI DILANGGAR, MAMA DIGILIS. Mama dilanggar 2 kali. yang pertama, kereta. Yang kedua, lori. Hanya Allah tahu apa yang telah Dia rancangkan untuk saya. Saya terdiam. Mungkin kanak kanak sebaya saya juga takkan mampu menipu kan? tapi sayang. polis tak terima keterangan saya. mereka kata saya berhalusinasi.

Saya dengan Mama sebelum kemalangan and saya selepas kemalangan. Dagu dan mulut saya terkoyak, dapat 20 jahitan. Itulah gambar last kami. Okay. setakat tu je saya dapat kongsi soal kemalangan kami. and, Ayah pula meninggal masa saya darjah 4. Dia sakit. Dia jatuh dlm bilik air. Dan sejak Mama Ayah meninggal, setiap tarikh istimewa, saya akan sambut dengan mereka. Hari Ibu/Bapa dan hari lahir saya sendiri.

Saya ada banyak yang ingin saya kongsikan. Tapi saya kena tidur dulu. Terima kasih semua. Saya doakan awak semua diberkati Allah SWT. And yes, mereka masih kata saya gila sebab saya akan bergambar di pusara bersama Mama Ayah. maaf tapi itu saja yang saya ada. Pesan saya, apa saja yang terjadi, sekalipun nyawa awak jadi ganti, kemana saja awak pergi, awak akan bawa nama ibu ayah sehingga mati.

‘Bayar Duit Pengajian Dengan Simpanan Dari Rumah Anak Yatim’

Mystudies. how can saya study for diploma after Mama Ayah meninggal?
1. My savings.
Simpanan saya di orphanage selama 7tahun, jadi bekal. Tapi, simpanan saya pun tak cukup. hanya bertahan sampai saya semester
3. sebab? barang art bukan murah. serba serbi saya beli sendiri. Termasuk barangan mandian, belanja harian. Ada masa saya akan keluar dengan kawan, beli barang dekat luar. Juga duit simpanan saya.
2. PTPTN.

Pinjaman PTPTN saya hanya dapat rm1k untuk satu semester. saya akan beli barang2 art dulu, dan selebihnya belanja saya. Start semester 4,5 duit belanja saya hanya dari baki duit PT. bulan pertama dan kedua saya okay. masuk bulan ketiga, saya ‘puasa’. Adakala, saya tak makan nasi hampir seminggu. kadang2 lupa bila last makan nasi. tapi kawan2 saya ada, diorang belanja. alhamdulillah.

Pakcik saya, sepupu saya, kawan2 termasuk pensyarah sendiri bagi saya belanja untuk makan setiap kali diorang perasan saya tak bermaya.Tapi tak selalu. sebab start semester 5, saya dapat bilik and tinggal sorang. jadi, saya akan makan maggie dan biskut saja dlm bilik. Kamar 2414, tertulis perjalanan pengajian saya sepanjang Semester 5 (Final Year) di UiTM Lendu. Terima kasih. –www.kakishare.tv

0

Kerana Terlalu Taksub Dengan Ilmu Kebal, Pelajar Melecur Teruk Selepas Guru Mengarahkan Tangan Mereka Disimbah Asid

Ilmu kebal, ilmu hitam dan sihir yang menjadi amalan seseorang dengan dibantu oleh makhluk halus atau jin sehingga hari ini dikatakan masih lagi wujud dan diamalkan oleh sesetengah orang. Walau bagaimanapun, mungkin masih ada yang tidak mempercayai kewujudan perkara sebegini.

Sebenarnya, ilmu-ilmu sedemikian yang dikatakan ajaran sesat atau mengarut itu masih lagi ada yang mempercayainya malahan turut mengamalkan dengan niat dan tujuan tertentu yang biasanya melibatkan ilmu pertahanan diri dan juga sebab-sebab lain yang tidak diketahui.

Kerana Terlalu Taksub Dengan Ilmu Kebal, Pelajar Melecur Teruk Selepas Guru Mengarahkan Tangan Mereka Disimbah Asid

Terbaru, segelintir masyarakat dari Indonesia mendakwa bahawa dengan mengamalkan Debus iaitu sejenis ilmu hitam tradisional yang dikatakan jika diamalkan dengan betul mampu memberikan kelebihan kepada si pengamal dengan kekebalan diri dengan bantuan jin, lapor Coconuts Jakarta

Debus dipercayai mampu menyelamatkan si pengamalnya daripada sebarang kecederaan fizikal dan kerana itulah sehingga kini amsih ada yang turut mengamalkan ilmu tersebut yang kononnya mampu memberikan kekebalan yang menarik perhatian ramai untuk menguasai ilmu hebat berkenaan

Perkara ini telah menarik perhatian tujuh orang lelaki daripada Tangerang, Indonesia yang turut ingin menguasai ajaran tersebut dan cuba untuk mempelajarinya daripada seorang guru di Kampung Rawa Kopi.

Kerana Terlalu Taksub Dengan Ilmu Kebal, Pelajar Melecur Teruk Selepas Guru Mengarahkan Tangan Mereka Disimbah Asid

Guru tersebut dikatakan ingin menguji anak muridnya dan ingin melihat sejauh mana penguasaan ilmu tersebut dari anak-anak muridnya. Lalu, dia mengarahkan anak muridnya itu membasuh tangan menggunakan asid dengan tujuannya yang kononnya untuk melihat kebolehan mereka menggunakan ilmu Debus yang telah dipelajari.

Dek kerana teruja dan tidak menyedari tentang ajaran tersebut adalah sesuatu yang karut, tangan kesemua lelaki berkenaan didapati telah melecur teruk selepas dijirus asid ke tangan mereka untuk diuji.

Kejadian yang mengejutkan itu telah menyebabkan tujuh orang lelaki berkenaan akhirnya dikejarkan ke hospital disebabkan melecur teruk serta memerlukan rawatan perubatan moden dengan kadar segera untuk merawat luka yang dialami mereka.

Kerana Terlalu Taksub Dengan Ilmu Kebal, Pelajar Melecur Teruk Selepas Guru Mengarahkan Tangan Mereka Disimbah Asid

Menurut Ketua Polis Tangerang, Harry Kurniawan, “daripada ketujuh-tujuh orang lelaki terbabit, dua daripada mereka telah dikeluarkan daripada hospital,” katanya.

Walau bagaimanapun, guru yang mengajar ilmu kebal itu dikatakan telah menghilangkan diri sebaik sahaja kejadian itu berlaku dan sehingga kini gagal dikesan apabila beliau tiada lagi di kampung tersebut.

Berikutnya adalah rakaman video persembahan seni mempertahankan diri Debus di Banten, Indonesia.

Semoga kejadian ini telah menjadi pengajaran dan contoh kepada mereka di luar sana yang begitu taksub dengan ajaran, ilmu-ilmu atau amalan-amalan yang mengarut sedemikian sehingga memesongkan akidah dan tidak berlandaskan ajaran agama Islam yang disifatkan sebagai perbuatan syirik.

Sumber: https://mediamaklumat.com

0

Najib sesuai ganti TMJ: Jamal Nasir

KUANTAN: Peminat bola sepak negara perlu akur dan menerima keputusan drastik Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang membuat keputusan melepaskan jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Bekas pemain bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail tidak menolak kemungkinan faktor tekanan yang dihadapi membuatkan Tengku Mahkota Johor (TMJ) itu bertindak meletak jawatan sebagai individu nombor satu dalam badan induk bola sepak negara.

“Kita tidak boleh memaksa Tunku Ismail untuk tidak melepaskan jawatan Presiden FAM kerana ia adalah hak mutlak dia…tiada siapa yang boleh menghalang keputusan dibuat,” katanya ketika dihubungi Sukan NSTP hari ini.

Beliau menegaskan, jawatan Presiden FAM adalah tugas sukarela yang hanya mampu digalas oleh individu tertentu sahaja dan pastinya banyak cabaran terpaksa dihadapi oleh insan nombor satu badan induk bola sepak itu.

Jamal turut memuji keputusan dibuat Tunku Ismail yang berundur apabila merasakan dirinya sudah tidak mampu mengemudi FAM yang bukan sahaja berhadapan prestasi hambar skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa tetapi juga membabitkan isu kewangan.

Namun Jamal berkata, dalam keadaan sekarang pihak tertentu diingatkan supaya jangan terlalu meletakan sedikit jasa yang dicurahkan Tunku Ismail seolah dia adalah terbaik serta  paling hebat.

“Pandangan peribadi saya jasa Tunku Ismail sepanjang memimpin FAM dianggap kecil berbanding pemimpin terdahulu seperti Sultan Ahmad Shah dan Tengku Abdullah yang pernah berada di kerusi Presiden dalam jangka masa panjang.

“Justeru saya berharap jangan membezakan dia (Tunku Ismail) dengan pemimpin sebelum ini hanya disebabkan kerana ingin memujuk dan mengambil hati,” katanya yang tidak menolak bahawa pengaruh Tunku Ismail kuat.

Beliau juga yakin Tunku Ismail yang membawa beberapa perubahan dalam FAM sepanjang memikul tugas sebagai presiden sudah berfikir panjang sebelum mengambil keputusan melepaskan jawatan.

Katanya, tugas utama sebagai presiden FAM ialah berusaha mencari penaja bagi menampung tabung kewangan untuk kegunaan pasukan negara, pembangunan, menguruskan Liga Malaysia (Liga M) dan geran pasukan negeri serta kelab.

Namun katanya, hanya individu tertentu dan berpengaruh sahaja dapat menarik minat penaja untuk menghulurkan sumbangan kewangan kepada FAM setiap tahun.

Ditanya individu yang layak memikul tugas presiden FAM selepas ini Jamal Nasir menegaskan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak calon sesuai menyandang jawatan terbabit.

“Minat mendalam dalam sukan bola sepak selain berpengaruh menjadi kelebihan kepada dia (Najib) untuk menyandang jawatan itu, sekiranya dia tidak berminat dengan jawatan itu disebabkan bebanan tugas calonkan sebagai penasihat atau penaung.

“Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman pernah menjadi Presiden FAM,” katanya yang menganggap Perdana Menteri peminat bola sepak nombor satu negara sejak menjadi Menteri Besar Pahang.

Sumber

0

Baby Tak Nak Keluar Dari Dalam Perut.. Memang Pelik,Seperti Ada Sesuatu Yang Menahan. Diazan, Tak keluar, Dibaca Yasin Tak Keluar Juga, Dibuat Solat Hajat Tak Keluar. Rupa-Rupa Puncanya Tak Sangka..

Doktor dah risau sebab bayi tak keluar lagi, seperti ada sesuatu yang menahan. Diazan, tak keluar, dibaca yasin tak keluar juga, dibuat solat hajat tak keluar… Rupa-rupanya sebelum ini dia ada melakukan suatu perkara…..

Apa yang saya buat, semuanya salah. Apa yang saya ada, habis semua nak lebih dari saya sedangkan saya tak bekerja. Saya hulur tangan untuk salam diberikan kaki untuk sambut tangan saya.

Bilik asal saya dibina oleh suami di kampung bagi memudahkan saya jika balik pun telah diambil oleh mereka.

Bila saya pulang ke kampung, bilik saya dipindahkan ke bilik stor. Mana tempat simpan pakaian, almari dan perabot yang tak dipakai semuanya disimpan dalam bilik itu.

Katil dalam bilik patah, lantai tak beralas dan berpasir, tingkap pecah, tiada langsir, tiada lampu, tiada kipas. Suami tahu? Ya suami tahu dan suruh saya bersabar sebab kami hanya balik sekejap sahaja.

Apa salah saya? Salah saya sebab saya orang Kuala Lumpur. Mereka mengharapkan saya anak orang kaya tetapi kenduri kahwin hanya di flat, memalukan mereka pada orang-orang kampung yang hadir.

Cuaca di kampung sangat panas membahang. Pernah satu hari saya dizinkan suami untuk tidur kerana demam dan semua keluar untuk berjumpa dengan kawan-kawan sekampung. tetapi saya tak boleh tidur sebab mereka menutup plug kipas dari luar.

Saya terpaksa bangun untuk buka suis smeula dan masuk ke dalam bilik. Tidak lama kemudian mereka ketuk dinding kayu sekuat hati menandakan mereka marah.

Saya bukan anak orang susah sebenarnya dan saya tak pernah hidup susah. Tetapi ayah ajar berusaha dan berdikari agar dapat hidup tanpa menyusahkan orang lain.

Buku-buku bank anak-anak, mentua saya pegang. Buku bank suami, mentua pegang. Alasan takut saya keluarkan duit.

Apa yang terjadi pada saya, suami tak pernah tahu tetapi suami banyak kali mempertahankan saya apabila ibu mertua mempersoalkan tentang apa yang disimpaikan anak-anak perempuannya.

Saya sedih dan tiada mengadu pada sesiapa mahupun adik, abang-abang atau kedua ibu bapa saya sebab saya tidak mahu mereka memandang seorang pada suami. Lagipun suami saya tidak bersalah dalam hal ini.

Walaupun suami tak tahu apa-apa, dia tahu pun dari isteri saudara suami yang duduk di rumah sebelah. Dia yang menyampaikan pada suami, macam mana saya dilayan bila suami tiada di rumah. Tetapi saya tidak pernah mengadu domba pada suami.

Suami pernah memarahi saya kerana tidak memberitahunya tentang semua itu dan dia mahu memanggil kakak dan adik-adik perempuannya tetapi saya halang dan memohon suami kawal kemarahan dan jaga silaturahim.

Lagipun, jika suami teruskan dengan panas hati, ibu mertua pasti akan benci pada saya dan saya tidak akan pulang lagi.

Sampai satu tahap saya tak dapat tahan, sebab kalau ikutkan ada banyak lagi perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan. Dipendekkan cerita, saya sedang mengandung anak kedua.

Saya menangis seorang diri dalam bilik kerana tidak tahan dengan kebencian mereka terhadap saya. Sambil sembahyang, saya menangis tersedu-seduh.

Saya perlukan Allah, hanya ada Allah untuk pujuk saya. Sampai satu tahap saya sembahyang menangis-nangis. Habis sembahyang, saya duduk berzikir dan menangis-nangis lagi. Nak tenangkan hati tapi tak tenang dan tak tahan juga. Saya terus berdoa pada Allah.

Ya Allah, Kau tahu aku tak bersalah. Mereka ingin aku berceria Ya Allah. Dia belum berkahwin, dia tidak tahu rasa menjadi menantu. Dia tidak merasa menjadi seorang ibu. Aku minta Kau dengar kesedihan hati aku.

Aku tidak berdendam tetapi aku sedih yang aku dianiaya mereka ini, Ya Allah. Aku tak tahu mana nak mengadu melainkan Kau. Dengarlah doa aku yang teraniaya dan difitnah ini. Sesungguhnya Kau Maha Berkuasa, Ya Allah.

Mereka akan merasa apabila mereka hendak berkahwin nanti. Bokaknya mereka akan bertukar hampa. Mereka tidak pernah bersalin, tak tahu rasa bersalin, mereka akan merasa sakitnya bersalin itu, Ya Allah.

Dan sakitnya apabila diperlakukan seperti ini oleh ipar mereka nanti. Sesungguhnya aku tidak berdendam tetapi aku terlalu terluka. Aku mengadu dan meminta agar mereka tahu dan sedar bila mereka berada di tempat aku.

Dengan izin Allah, doa saya dimakbulkan. Bukan saya nak kata Allah dengar doa saya tetapi apa yang terjadi pada dia, itu yang saya doakan dulu. Saya juga terkejut sebenarnya.

1. Pada hari perkahwinan mereka, macam-macam dugaan. Banjir, nak pasang khemah tak tahu di mana. Kereta tak boleh masuk, masalah cari barang masakan kenduri sampai kena naik sampan. Barang-barang hantaran rosak. Kenduri hanya orang kampung yang datang.

Lauk pauk tak habis sehingga terpaksa diberi pada orang dan dibuang kerana yang hadir hanya orang-orang kampung dan kenalan dekat sahaja.

2. Selepas berkahwin, salah seorang dari mereka mengadu tentang layanan ipar dan ipar mengata/fitnah dia macam-macam.

Sampai adik beradik suami benci dan cari kesalahan dia. Dia sudahpun keluar dari rumah dengan barang-barangnya dan duduk berasingan dengan suami.

3. Sampai masa nak bersalin, tiga hari tnggu dalam wad. Tak lepas-lepas keluar anak dalam perut. Suami ada bertanya pada saya, kenapa adik dia jadi begitu sedangkan dulu bila saya bersalin, semuanya mudah.

“Adik abang mulut suka maki dan aniaya serta berdengki dan busuk hati, putuskan silaturahim saudara mara. Suruh dia minta maaf pada mak, suami dia dan saudara mara dia,” kata saya pada suami.

Suami cakap adik dia dah buat semua itu. Saya diamkan diri. Suami pandang saya.

“Dia kena minta maaf pada seseorang. Seseorang yang selalu dia aniaya, maki hamun di media sosial, perli depan-depan. Seseorang yang diperlakukan seperti orang asing, dipulaukan, dan dia tidak ingin orang itu berada dalam keluarga ini,” kata saya lagi.

Suami terdiam dan serta merta faham dengan apa yang saya jelaskan. Suami terus memujuk dan meminta maaf bagi pihak adiknya. Saya diam sahaja, tak cakap apa-apa.

Hari ketiga masih dalam wad, sudah melepasi tarikh sepatutnya bersalin. Bukaan masih 4 sentimeter. Doktor dah risau sebab bayi tak keluar lagi, seperti ada sesuatu yang menahan. Diazan, tak keluar, dibaca yasin tak keluar juga, dibuat solat hajat tak keluar.

Lantas suami tersedar dan teringatkan saya di rumah. Suami sedar saya banyak teraniaya dan terasa hati. Selama ini memang isterinya tidak bersalah. Jenuh suami mesej saya setiap jam. Beri perkembangan terkini tentang keadaan adik dia. Saya diamkan diri juga.

“Adik menderita sangat-sangat, sakit kena jolok, kena usik macam-macam. Diberi ubat tahan sakit macam-macam, tak kesian ke?” mesej dari suami.

Saya tetap berdiam sampailah suami mesej kata doktor tiada pilihan dan terpaksa bedah sebab anak dalam perut dah mula lemas dan takut anak adik ipar tak selamat. Terus saya doa dalam hati dan mengangkat tangan.

Allah, permudahkan segala urusan pembedahan ipar aku. Selamatkan anak dalam kandungan yang tidak pernah bersalah terhadap aku. Tolong aku Ya Allah. Selamatkan kedua-duanya. Jangan biarkan aku dalam serba salah, aku akan rasa berdosa.

Beberapa minit kemudian, suami mesej.

“Terima kasih sayang, baby dah lahir. Kedua-duanya selamat. Abang tahu isteri abang baik. Biarlah apa yang mereka cakap, abang kena isteri abang..”

Saya balas, “Ingatkanlah adik abang itu. Itu pengajaran pertama dari Allah. Agar pengajaran ini tidak berulang lagi…”

Saya tidak mereka-reka cerita. Tetapi pada saya, pada yang tahu kebesaran kuasa Allah SWT itu, jangan dibuat main.

Perkahwinan saya kini di ambang penceraian. Saya terkena sihir pemisah. Doakanlah agar saya merasa bahagia dan dilindungi dari kezaliman pihak mereka. Semoga suatu hari nanti Allah akan membalas segala perbuatan mereka.

Budak mentah dot com

 

0

TAHNIAH- Siti Nurhaliza timang anak perempuan

PENYANYI tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat bersalin anak perempuan di pusat perubatan di Kuala Lumpur, 8.17 pagi, hari ini.

Siti, 39, selamat melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram secara pembedahan.

Suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa berkata, dia bersyukur kerana urusan bersalin Siti dipermudahkan Allah SWT.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana segalanya selamat. Apa yang penting proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anak juga sihat,” katanya kepada Harian Metro.

Pengurus Siti, Rozi Abdul Razak berkata, Siti berada dalam keadaan baik dan buat masa sekarang hanya kaum keluarga terdekat sahaja dibenarkan untuk melawat.

“Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.

“Pasangan ini memilih Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

“Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu,” katanya.

Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan suami meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya.

Kredit asal : Harian Metro

0

Pelajar Korea Selatan Terlepas ‘HUKUMAN GANTUNG’ Selepas Peguam Dedah Penipuan Pegawai Polis

Hasil carian imej untuk Pelajar Korea Selatan Terlepas ‘HUKUMAN GANTUNG’ Selepas Peguam Dedah Penipuan Pegawai Polis
Kebenaran pasti akan datang kepada mereka yang tidak bersalah. Bila sampai masanya, ia pasti akan terbongkar!

Pada 19 Oktober tahun lepas, seorang pelajar Korea Selatan bernama Kim Yun Song dilaporkan telah didakwa atas kesalahan pemerdagangan ganja seberat 219g. Jika sabit kesalahan, suspek bakal dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Ganja tersebut telah ditemui dalam satu serbuan oleh pihak polis di sebuah apartmen dekat Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Seorang pelajar antarabangsa berusia 20 tahun yang menuntut di salah sebuah kolej tempatan telah ditahan ketika serbuan tersebut dijalankan.

Pun begitu, kebenaran sebenar akhirnya terbongkar pada perbicaraan minggu lepas setelah setahun Kim direman. Menurut peguam yang mewakili Kim, seorang inspektor berusia 27 tahun yang terlibat dalam mengetuai serbuan di apartment tersebut telah menipu apabila dia panggil untuk memberi keterangan sebagai saksi kejadian.

“Dia berbohong. Ia terbongkar apabila kami mencabarnya dan memberitahu yang kami akan menjalankan prosiding penghinaan terhadapnya kerana kami ada bukti yang dia telah menipu untuk lihat sama ada dia mengaku ataupun tidak,” kata peguam Kim, Gobind Singh.

Sungguhpun disoal berkali-kali adakah ada individu lain selain pasukan serbuan pada malam tersebut, inspektor berkenaan masih berbohong dan mengatakan tiada.

Walau bagaimanapun, pihak peguam bela berkata mereka mempunyai rakaman CCTV yang menunjukkan jelas ada kehadiran individu lain dalam keadaan bergari di dalam kejadian tersebut. Dengan ini, ia membuktikan bahawa inspektor tersebut telah berbohong.

Oleh itu, mahkamah telah memutuskan untuk membebaskan Kim dan pihak pendakwa raya menggugurkan kes.

“Selepas mengambil kira penyerahan bukti oleh kedua-dua pihak, saya dengan ini membebaskan dan melepaskan tertuduh,” kata Hakim Abu Bakar Jais.

Keputusan gembira itu diterima dengan cucuran air mata dari nenek Kim yang berusia 67 tahun. Mereka berdua bakal pulang ke Korea Selatan untuk memperbaharui visa pelajar Kim dan remaja tersebut akan kembali semula ke Malaysia untuk menamatkan pelajarannya.

Rata-rata netizen yang membaca mengenai isu ini terkejut akan bagaimana seorang pelajar yang tidak bersalah hampir musnah masa depannya kerana tindakan seorang anggota polis yang tidak jujur.

“Kalau remaja tersebut dijatuhkan hukuman mati, saya tertanya-tanya bagaimana inspektor itu boleh hidup dengan rasa bersalah sepanjang hidupnya?” kata seorang netizen.

“Inspektor yang menipu itu patut diberi hukuman berat kerana anak muda ini hampir-hampir dihukum gantung sampai mati kerananya!” kata seorang pengguna Facebook lagi.

Syukurlah Kim terselamat dari hukuman tersebut. Harapnya anggota polis yang tidak jujur itu mendapat hukuman yang setimpal.

sumber:lobakmerah