0

Motosikal dibawa pulang, mayat penunggang ditinggalkan.

KUALA LUMPUR 19 Mac – Mayat ditinggalkan di tempat kejadian manakala motosikal dibawa pulang.

Itu yang dipercayai berlaku terhadap mayat seorang lelaki yang disyaki dilanggar lari sebuah kereta dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi di Kilometer 34.3, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) dari arah USJ ke Klang, dekat sini hari ini.

Mangsa yang berusia 31 tahun itu dipercayai menaiki motosikal kerana terdapat topi keledar di sisinya. Bagaimanapun kende­raan tersebut tidak ditemukan di lokasi kejadian.

Menurut sumber, polis yang melakukan siasatan akhirnya menemukan motosikal tersebut di sebuah kediaman di PJS 6, Desa Menteri, Petaling Jaya kira-kira pukul 4 petang dipercayai dibawa balik oleh rakan mangsa yang juga merupakan abang kepada pemilik kenderaan tersebut.

Ujarnya, lelaki ter­­sebut yang sebelum itu bertemu dengan mangsa di sebuah kedai tom­yam, dikatakan telah mem­bawa balik motosikal tersebut secara senyap-senyap ketika orang ramai sedang mengerumuni mayat mangsa di lokasi kejadian.

“Lelaki itu dikatakan meninggalkan mayat mangsa dan membawa pulang motosikal dipercayai untuk menyembunyikan kejadian sebenar. Bagaimanapun punca sebenar masih dalam siasatan. Polis telah merampas motosikal tersebut,” kata sumber itu.

Gambar sekadar hiasan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

“Kita sedang menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan memohon saksi yang me­nyaksikan kejadian menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Hamdan Jeramatin di talian 019-4642222,” tambahnya.

Sumber dari Utusan Online

0

“Ang Tengoklah Isteri Ang Ni Gagah Dak Sanding Sorang-Sorang…”

Antara hari yang paling membahagiakan bagi setiap pasangan mestilah apabila diraikan sebagai raja sehari. Pada hari tersebut, pengantin dipakaikan busana cantik dan dilayan bak raja sehari. Kami percaya itu adalah momen yang paling ditunggu-tunggu.

Namun, bagi wanita ini dia terpaksa bersanding seorang diri kerana suami tidak mendapat pengecualian daripada latihan bomba. Dapat tahu last minute pula tu! Walaubagaimanapun majlis tetap berjalan lancar dan meriah dengan sokongan keluarga yang lain.

Paling sedih

“Ang Tengoklah Isteri Ang Ni Gagah Dak Sanding Sorang-Sorang…”

 

Tweet yang dikongsi seorang individu di Twitter ini mendapat 4.3k retweet dan 2.1k likes. Di ruangan balas ramai yang turut bersedih melihat wanita tersebut tetap tabah melayani tetamu dan saudara mara.

Meskipun tanpa kehadiran pengantin lelaki majlis bertandang tetap berjalan lancar dan meriah.

“Ang Tengoklah Isteri Ang Ni Gagah Dak Sanding Sorang-Sorang…”

“Ang Tengoklah Isteri Ang Ni Gagah Dak Sanding Sorang-Sorang…”

 

Tabahnya pengantin

“Ang Tengoklah Isteri Ang Ni Gagah Dak Sanding Sorang-Sorang…”

 

masa ceq masuk jaa balai, time ni semua tetamu pandang ceq yunk.. semua tertanya-tanya kenapa ceq seorang? mana ang pi?!

sampai laa emcee tu habaq, ang sedang berkhidmat untuk negara.. sebagai anggota bomba, di #akademibombawakaftapai terengganu.. kerana pelepasan ang dibekukan pada last minit.. ceq pun tatau dah apa yang ceq rasa time tu..

lepas tu ceq tengok muka abah dan ummi, depa senyum kat ceq.. ceq kuatkan semangat tuk berjalan kat depan orang ramai sampai laa ke meja beradap..

percayalaa yunk, ceq terasa ang ada bersama disisi. terima kasih kerana semua ni kita sama-sama belajar untuk cekalkan hati masing-masing!
#memoriesinourlife #bsjourney

 

“Ang Tengoklah Isteri Ang Ni Gagah Dak Sanding Sorang-Sorang…”

“Ang Tengoklah Isteri Ang Ni Gagah Dak Sanding Sorang-Sorang…”

“Ang Tengoklah Isteri Ang Ni Gagah Dak Sanding Sorang-Sorang…”

“Ang Tengoklah Isteri Ang Ni Gagah Dak Sanding Sorang-Sorang…”

 

Sumber : shafinasofians , badriyahamir

Kredit:OhBulan / gengjoyah

0

Pilunya hati ibu setelah melihat anaknya tergantung kaku di tangga selepas bertekak..

SEORANG ibu yang baru pulang terkejut apabila menemui anak lelakinya berusia 16 tahun dalam keadaan tergantung di tepi tangga dalam rumah mereka di Taman Desa Murni, Butterworth, malam tadi.

Mayat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Jaya itu ditemui kira-kira jam 9.30 malam selepas ditinggalkan ibu bapanya yang keluar rumah pada jam 8.15 malam.

Polis yang menerima maklumat kemudian bergegas ke rumah berkenaan dan menemui mayat remaja itu dalam keadaan tergantung dan tiada sebarang kesan pecah masuk.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, ibu mangsa mendakwa kali terakhir bersama anak lelakinya itu pada jam 8.15 malam sebelum keluar kerana mempunyai urusan.

“Ibu remaja itu mendakwa pulang ke rumah pada jam 9.30 malam sebelum menemui anaknya dalam keadaan tergantung di tepi tangga.

“Polis yang menjalankan siasatan mendapati keadaan rumah tidak berselerak selain tiada unsur jenayah dikesan,” katanya.

Beliau berkata, tiada sebarang nota ditemui di sisi mayat remaja berkenaan.

Menurutnya, setakat ini, polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut dan mayat remaja itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Sumber

[Kisah Benar] Pelajar SPM 10A Tapi Akhirnya Ke Tali Gantung. Kisahnya Sungguh Menyayat Hati Semua…


Seperti diceritakan oleh seorang doktor. Beberapa tahun lalu ada seorang pelajar cemerlang, SPM dapat 10A, dapat jurusan perubatan sebelum “sesuatu” berlaku yang akhirny membawa dia ke tali gantung.. Allahu. Jom baca kisah ni semoga jadi pedoman.

PESAKIT TELAH BUNUH 3 ORANG SEKELUARGA

Ibu bapa acuan akhlak anak-anak. Jika baik acuannya, maka baiklah hasilnya. Begitu jugalah sebaliknya. Mungkin ada yang setuju dengan kenyataan di atas dan ada juga yang tidak bersetuju.

Walau apapun pandangan anda, apa kata anda baca dahulu kisah Puan Nadiah Yusof, tentang seorang remaja yang tersalah memilih jalan dalam kehidupan, walaupun pernah mendapat 10A dalam SPM.

Kes remaja yang membakar tahfiz mengingatkan saya kejadian lapan tahun lepas ketika saya masih seorang pelatih. Saya terima seorang pesakit awal 20-an yang ditetak dengan parang di kedua-dua belah tangannya.

Kira-kira tidak lebih dari 10 deep laceration wound di sana. Dia datang bersama-sama sepasukan anggota polis dalam keadaan separuh sedar.

Ini kali pertama saya lihat luka seperti itu. Pucat muka dan berdebar jantung saya.

Hasil maklumat dari pihak polis, dia ditangkap setelah merompak dan membunuh 3 orang penghuni rumah iaitu isteri, anak berusia 3 tahun dan orang gaji.

RUPANYA PENAGIH DADAH

Tak bernasib baik, belum sempat dia melarikan diri, sang suami pulang ke rumah dan menangkapnya. Akibat amarah, si suami menetak dan orang kampung mencurah cuka pada lukanya. Padanlah separuh masak isinya.

Saya lihat betul-betul wajahnya. Sampai sekarang saya masih boleh ingat wajahnya. Orangnya masih muda, wajah putih bersih tidak nampak seakan penjenayah. Janggut sejemput seperti seorang ustaz layaknya.

Benarlah kata orang, jangan menilai orang dari rupa/luarannya. Pesakit ini rupa-rupanya penagih dadah. Malah sebelum pecah masuk dia sempat mengambil 16 biji pil ekstasi.

Dalam keadaan tidak sedar, dia membunuh semua yang berada di rumah. Malah anak kecil berusia 3 tahun itu ditemui di dalam bilik air dalam keadaan perut terburai.

KISAH HIDUP SUSPEK YANG SANGAT TRAGIS

Bila masuk ke ward, social history lebih terperinci didapati. Kisah hidup anak muda ini tragis. Dia adalah pelajar cemerlang (10A) di dalam SPM. Malah ditawarkan jurusan perubatan. Tetapi dia terkesan dengan perceraian kedua ibu bapanya. Dia tidak dipedulikan, maka dia menentukan hidupnya sendiri. Dia berhenti belajar dan terlibat dengan najis dadah.

Ketika dia dimasukkan ke hospital tak ada seorang pun ahli keluarganya kelihatan. Malah pihak hospital mengalami masalah mendapatkan maklumat dari ahli keluarganya. Ada no telefon yang diberikan tetapi tidak mengaku mempunyai pertalian denngannya. Malah tiada siapa yang melawatnya di hospital.

Kisah anak muda ini selalu saya ceritakan untuk mengingatkan betapa durjana najis dadah. Begitulah dadah memusnahkan segalanya.

BAHAYA NAJIS DADAH

Walaupun pesakit ini bekerja, tetapi ianya tak mampu menanggung desakan ketagihan dadah. Dalam 2 hari habis duit gaji sebulan untuk membeli dadah. Habis duit gaji, terpaksa mencuri. Natijahnya terpalit pada insan tak berdosa.

Sepanjang bertugas di Jabatan Kecemasan dan mengendalikan kes OSCC, 90% (anggaran kasar dan personel) dari kes rogol, sumbang mahram, sodomy malah dadah terhasil dari broken family.

Ketika ini lihat dimana anak-anak kita. Dengan siapa mereka berkawan. Jika selama ini kita tak pernah peduli, mulakanlah sekarang.

Periksa diri kita sebagai ibu bapa. Kita adalah acuan mereka. Jika hasil tidak molek, acuannya yang tak kena. Berhentilah menyalahkan orang lain sebaliknya berlapang dada memperbaiki diri kita.

Sikap kita juga mesti diperbaiki. Hentikan sikap menghukum. Sejahat manapun seorang manusia, Allah membuka ruang untuk hambanya bertaubat. Siapalah kita untuk menentukan syurga neraka seorang manusia. Boleh jadi mereka yang kita cerca lebih mulia dari kita jika mereka bertaubat nasuha.

SUSPEK TU TAK SIAPA DUDUK DEKAT SEHINGGA…

Pesakit saya itu, tiada siapa berani mendekatinya mungkin kerana perbuatannya dan mungkin kerana terlalu ramai anggota polis menggerumuninya. Saya masih ingat soalan yang ditanya ketika dia sudah sedar dari ‘high’, baru sedar dia membunuh tiga nyawa.

“Kenapa awak suap makanan pada saya? Saya pembunuh.”

“Sebab kamu manusia, manusia buat silap. Kalau kamu bertaubat boleh jadi kamu lebih mulia dari saya.”

Ketika itu saya sebak. Mengenangkan dia seorang yang hampir punya masa depan gemilang bakal berakhir di tali gantung kerana dadah & masalah keluarga.

Sumber : Nadiah Nay via Aiskacang

0

Gadis Cantik Jadi Mangsa Rogol Dan Bunuh Dengan Kemaluan Ditusuk Dengan Kayu. Apa Sebenarnya Yang Terjadi? Sungguh Kejam Sekali!

Pembunuhan kejam membabitkan seorang wanita yang dirogol sebelum dibunuh dan ditemui dalam keadaan di mana kemaluan mangsa dirodok dengan batang cangkul dalam kejadian di Tengerang, Indonesia.

Insiden hampir sama berlaku kepada seorang gadis, Eka Yuniati, 15, yang ditemui mati dalam keadaan separuh bogel dan kemaluannya berlumuran darah kira-kira jam 11 pagi, Selasa lalu.

Dalam kejadian di sebuah pondoh sawah di Pasuruan, Jawa Timur, Indonesia, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat dipukul, dirogol, serta lehernya dicekik menggunakan kayu sebelum kemaluan mangsa didakwa ditusuk menggunakan objek tersebut, lapor Detikkasus.

Susulan penemuan mayat mangsa yang mengejutkan penduduk kampung, pihak polis berjaya menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di rumahnya pada jam 3.50 petang.

Menurut laporan portal itu, suspek, Muhammad Madinatul Huda, 21, berkata dia tidak merancang mahu membunuh mangsa namun mengaku berdendam kerana sakit hati selepas sering diejek oleh gadis itu di depan teman lelakinya.

Semasa disoal siasat suspek berkata, sebelum kejadian berlaku dia bersama mangsa dan lima lagi rakannya sedang minum minuman keras kira-kira jam 9 malam, pada Isnin.

Mereka kemudian ternampak sebuah kereta peronda melalui kawasan tersebut mengakibatkan kumpulan itu panik lalu melarikan diri dan kebetulan mangsa dan suspek lari bersama-sama ke kawasan sawah.

Disebabkan dalam keadaan mabuk, suspek dilaporkan bertindak meraba-raba mangsa dan mengajak gadis itu melakukan hubungan seks, namun mangsa enggan menuruti permintaan suspek.

Mangsa dirogol oleh suspek dan disebabkan suspek masih berasa marah kerana mengingatkan mangsa sering mengejeknya, dia bertindak mencekik dan memukul gadis itu.

Memetik laporan Jawa Pos, Muhammad Madinatul mengaku melakukan perbuatan kejam tersebut seorang diri.

“Pukul berapa (kejadian) saya tak ingat, tapi yang pastinya tengah malam. Mulanya saya mencekik lehernya dengan kayu, kemudian saya pukul muka dia dengan batu.

“Kami sudah saling mengenali dan sering keluar bersama. Saya melakukannya (membunuh) kerana kesal dengan korban (sering mengejek),” katanya dipetik portal itu.

Ketua Polis Pasuruan Raydian Kokrosono yang mengesahkan kejadian tersebut berkata, mangsa memang dirogol sebelum meninggal dunia.

Raydian berkata, hasil maklumat dan tindakan pantas pihaknya, suspek berjaya diberkas dalam tempoh kurang 18 jam.

Kes sedang disiasat dan jika sabit bersalah, suspek boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.

Sumber

0

Dato K Menafikan Gambar Bayi Yang Tersebar Itu Adalah Anaknya, Namun Netizen Berjaya Jumpa Satu-Satunya Pic Anak Mereka Yang Terlepas Di Media Sosial

Nota: Gambar Bayi CTDK Ada Di Pengakhiran Artikel Ini..

KUALA LUMPUR: Suami Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, menafikan bayi dipangku isterinya seperti dalam gambar yang tersebar di media sosial adalah anak dilahirkan penyanyi terkenal itu, pagi tadi.

Justeru, Khalid, 59, atau lebih dikenali sebagai Datuk K meminta semua pihak menghentikan penyebaran gambar yang disifatkan sebagai palsu itu.

“Bayi dalam gambar yang tersebar itu bukan anak kami. Jadi, saya berharap gambar itu tidak lagi disebarkan kerana ia boleh mengelirukan orang ramai.

“Seperti saya katakan sebelum ini, apabila tiba masanya nanti, saya akan tampilkan wajah anak saya dan mengumumkan nama sebenarnya kepada semua,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, ahli korporat itu turut memaklumkan, nama sebenar anaknya hanya akan diumumkan selepas seminggu si kecil dilahirkan, dalam sebuah majlis khas.

Buat sementara waktu, bayi berkenaan dipanggil Fatimah Az-Zahra, sempena nama anakanda Nabi Muhammad.

Bayi perempuan seberat 3.55 kilogram terbabit dilahirkan Siti secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, jam 8.17 pagi.

PENGURUS penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak menyelar tindakan segelintir pihak menularkan gambar Siti bersama seorang bayi.

Menurut Rozi, berikutan tersebarnya gambar itu ramai beranggapan bayi terbabit adalah puteri sulung Siti yang dilahirkan pagi tadi, hari ini.

“Jangan percaya apa yang tersebar. Seperti semua sedia maklum, Siti dan suami akan berkongsi wajah dan nama penuh anak mereka selepas tujuh hari kelahiran.

“Selagi gambar itu bukan daripada Siti, ia tidak sahih,” katanya kepada Harian Metro.

Rozi berkata, kewujudan pihak menggunakan nama Siti untuk menyebarkan berita palsu bukanlah perkara baru.

“Saya tak faham apa tujuan sebenar pihak terbabit. Kalau boleh berhentilah mengelirukan orang lain. Jangan hanya kerana gambar berkenaan, semua orang terpedaya,” katanya.

Sementara itu, Rozi ketika dihubungi Harian Metro menerusi program Sembang Sembang Comel Pipi Merah berkongsi wajah anak Siti serupa dengannya.

Malah, Rozi berkata Siti masih dalam pemantaun rapi kerana bersalin secara pembedahan.

“Alhamdulillah, keadaan anak Siti sangat baik. Wajahnya mirip Siti dan sangat comel. Siti sudah menyusukan anak. Saya dan ahli keluarga lain dapat melihat bayi di tempat jagaan bayi.

“Bercakap mengenai keadaan Siti, dia menjalani pemerhatian khusus daripada doktor kerana bersalin secara pembedahan. Ini prosedur biasa, jadi kami perlu hormati. Doakan semoga semuanya dalam keadaan baik,” katanya.

Ini Sebenarnya Wajah Puteri Kesayangan Tersebut…Comel kn? Ada mirip Dato Siti…Namun hanya ada satu gambar ini sahaja yang admin nampak..Alahaii comel sangat..

Nak buat macam manakan…Nama pon penyanyi number 1 Malaysia serta orang yang berpengaruh, mestilah para peminat tak sabar nak melihat wajah comel sang puteri…Admin harap baby comel ini membesar dengan sihat dah berbakti kepada orang tuanya..

SUMBER