0

Swafoto (Selfie) Sebelum Di Belasah Mati.

Kerala: Seorang lelaki berusia 27 tahun dibelasah mati 15 penduduk kampung yang juga sempat mengambil swafoto yang disebarkan di Internet kerana dituduh mencuri dalam kejadian yang mencetuskan kemarahan orang ramai.

 

Satu imej dimuat naik di media sosial menunjukkan seorang lelaki memegang kayu menyoal mangsa, sementara seorang lagi dilihat mengambil swafoto bersamanya.

Ketua polis negeri, Loknath Behera berkata, lelaki dikenali sebagai Madhu ditangkap orang ramai kerana disyaki mencuri sebelum dipukul dengan kejam.

Dia kemudian dibawa ke balai polis, namun pengsan dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

 

 

“Ini jenayah kejam. Masyarakat yang bertamadun tidak boleh menerima perbuatan seumpama ini.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bersalah,” kata Ketua Menteri Kerala, Pinarayi Vijayan di Facebook.

 

Sementara itu, aktivis Dhanya Raman berkata, Madhu pesakit mental yang sering dilihat berkeliaran di kawasan itu sejak lebih setahun lalu.

Pada masa sama, polis berkata, Madhu memang sering mencuri makanan, malah pernah ditangkap melakukannya di sebuah kedai.

 

Ibunya Malliamma berkata, anaknya hidup gelandangan, malah pernah tinggal di dalam gua, tetapi menafikan Madhu pencuri.

 

Video :

Sumber : hmetro

Sumber

0

12 PERKARA PALING MENYAKITKAN YANG MESTI DIALAMI OLEH LELAKI DAN PEREMPUAN

Menurut National Service Health di Britain terdapat 20 kondisi kesihatan berpunca dari kesakitan yang boleh mengganggu anda dari melakukan aktiviti harian. Kondisi ini termasuklah, Sakit kepala, Sakit belakang, Sakit leher dan sebagainya.

Namun, di badan kita terdapat satu indicator yang dipanggil “dol” ( terma yang dipersetujui oleh ramai santis pada tahun 1940an) yang akan mengesan Sakit yang bukan cuma disebabkan oleh Fizikal.

Ini merupakan 12 Perkara Paling Menyakitkan Yang Mesti Dialami oleh Lelaki dan Perempuan

1. Inilah sebabnya Perempuan Lebih Gemar Memakai Beg Galas

2. Lampu baru tukar, Orang kat belakang dah Hon

3. Balik rumah dengan muka yang murung.

4. Garisan Penipu

5. Budak Budak mesti rasa ni bila sedar yang musim cuti dah tamat

 

6. Budak 90an dan 80an tahu betapa sengsara bila ini berlaku

7. Sudahlah benda ni kecil, hilang pulak tu.

8. Lelaki yang pernah tersepit kat Zip memang tahu betapa sakitnya

 

 

9. Masa kelam kabut sana lah dia tak kemas

10. Sunburn teruk

11. Bila stokin dah bercampur-campur, nak padankan susah

 

12. Tarik sikit bukan terputus tapi makin panjang

Sumber : rahsiaayahnda

0

Video! Pengawal ‘Gila’ Tumbuk, Pijak Lelaki OKU .. Punca Didedahkan Dan Apa Yang Telah Terjadi

PERBUATAN tidak berhati perut seorang pengawal keselamatan yang bertindak membelasah seorang individu secara bertubi-tubi di luar sebuah premis kini menjadi bualan netizen.

Video Berada Di Pautan Terakhir Artikel

Dalam kejadian di sebuah pasar raya di Tumpat, Kelantan pada Isnin lalu itu, pengawal keselamatan berusia 26 tahun tersebut dilihat menumbuk muka individu terbabit secara kuat sehingga mangsa dilihat rebah ke lantai.

Tidak terhenti di situ sahaja, malah pengawal berkenaan turut menendang dan memijak dada individu berumur 42 tahun tersebut sebelum mangsa dilihat seperti tidak sedarkan diri dalam kejadian pukul 6.24 petang kemarin.

Tidak lama kemudian, pengawal tersebut dilihat mengheret kembali individu yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) tersebut dengan menarik kemeja mangsa sebelum berpura-pura seolah-olah ingin membantu pula.

Tindakan pengawal keselamatan premis perniagaan popular tersebut telah mengundang kemarahan ramai netizen sekali gus teruk dikritik kerana ia dianggap melampau.

Rata-rata netizen mengecam dan menyelar tindakan pengawal keselamatan terbabit kerana dilihat amat kurang ajar dan langsung tidak berhati perut membuli seorang OKU.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab. Rashid Mat Daud berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berpunca daripada perselisihan faham antara dua lelaki berkenaan.

“Insiden itu berlaku pada Isnin lalu namun klip video rakaman kamera litar tertutup ini tular di media sosial bermula hari ini. Suspek sudah direman selama empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya ketika dihubungi media.

VIDEO PAK GUARD PUKUL ORANG TUA

SUMBER : MYNEWSHUB via GEDEBAKVIRAL

0

Gadis Ini Melakukan Pembedahan Plastik Untuk Memberi Kejutan Kepada Teman Lelakinya! Namun Selepas Menjadi Cantik,Teman Lelakinya Pula..

Pui, seorang wanita berasal dari Thailand telah bertarung demi hidupnya sejak ia lahir. Kulit Pui yang gelap dan berjerawat membuatnya sering diejek oleh orang. Lebih parahnya lagi, ia ditelantarkan oleh pacarnya. Sangking sakit hatinya, ia memutuskan untuk berpartisipasi sebuah program TV lokal yang sangat populer. Misinya adalah untuk pergi ke Korea selatan dan melakukan operasi muka.

Dari lahir, Pui mempunyai wajah yang panjang. Teman-temannya mengejek bahwa ia mirip seperti nenek sihir. Mungkin, ini adalah alasan mengapa Pui menjadi seorang pemberontak. Saat Pui berusia 16 tahun, pacarnya diam-diam pergi dan meninggalkan Pui.

Gadis Ini Melakukan Pembedahan Plastik Untuk Memberi Kejutan Kepada Teman Lelakinya! Namun Selepas Menjadi Cantik,Teman Lelakinya Pula..

Pui yang sakit hati pun memutuskan untuk membantu orangtuanya lebih giat. Sampai suatu hari, ia bertemu dengan seorang pria bernama Nong. Nong tidak pernah mengejek wajahnya. Hal ini membuat Pui sangat tersentuh. Setelah pacaran selama 3 bulan, Pui memutuskan untuk pergi ke Korea dan melakukan operasi plastik. Ia ingin memberi kejutan kepada Nong.

Gadis Ini Melakukan Pembedahan Plastik Untuk Memberi Kejutan Kepada Teman Lelakinya! Namun Selepas Menjadi Cantik,Teman Lelakinya Pula..

Pui pun mendaftarkan dirinya dan pergi ke Korea. Pui tidak memperlihatkan wajahnya kepada Nong selama dirinya berada di Korea. Ia tetap berhubungan dengan mengirim pesan kepada Nong. Nong yang sabar berkata, “Aku tunggu kamu.”, hal ini membangkitkan semangat Pui.

Gadis Ini Melakukan Pembedahan Plastik Untuk Memberi Kejutan Kepada Teman Lelakinya! Namun Selepas Menjadi Cantik,Teman Lelakinya Pula..

Akhirnya, tiba waktunya Pui kembali ke Thailand untuk berjumpa dengan Nong. Namun, acara TV baru memberitahu kepada Pui bahwa Nong telah meninggal karena kecelakaan mobil. Pui langsung menangis tersedu-sedu.

Gadis Ini Melakukan Pembedahan Plastik Untuk Memberi Kejutan Kepada Teman Lelakinya! Namun Selepas Menjadi Cantik,Teman Lelakinya Pula..

Ia terus memeluk foto Nong, tapi semua itu tidak dapat mengembalikan Nong. Pui pun memutuskan untuk kembali ke Korea dan memulai hidup baru. Di Thailand, terlalu banyak kenangan indah bersama Nong.

Gadis Ini Melakukan Pembedahan Plastik Untuk Memberi Kejutan Kepada Teman Lelakinya! Namun Selepas Menjadi Cantik,Teman Lelakinya Pula..

Tidak ada yang sangka bahwa akhirnya akan menjadi seperti ini. Semoga Pui bisa kembali semangat yah.

0

Tugas Suri Rumah 2.5 Kali Lebih Teruk Berbanding Kerja Sepenuh Masa

Kajian terkini membuktikan bahawa tugas seorang suri rumah adalah 2.5 kali lebih berbanding pekerjaan sepenuh masa yang lain.

Tinjaun melibatkan jadual mingguan 2,000 ibu di Amerika Syarikat yang mempunyai anak berumur antara 5 hingga 12 tahun.

Secara purata, kerja seorang suri rumah bermula seawal jam 6.23 pagi,  lebih awal daripada kebanyakan pekerja lain memulakan hari mereka.

Sementara tugas harian mereka, sama ada berkaitan pekerjaan atau penjagaan anak hanya selesai jam 8.31 malam.

Ini bermakna seorang suri rumah bekerja 14 jam sehari atau secara purata  98 jam seminggu.

Kajian yang dijalankan Welch’s sebuah syarikat jus di United Kingdom pula mendedahkan, suri rumah hanya mempunyai 1 jam 7 minit untuk bersendirian atau melakukan sesuatu untuk diri sendiri.

Waktu tersebut dikategorikan lebih sedikit berbanding waktu rehat tengah hari dalam sektor pekerjaan yang lain.

Laporan The Independent pula mendapati 40 peratus golongan ibu merasakan mereka didominasi oleh senarai tugas yang tidak pernah berakhir.

Suri rumah ini juga menamakan tiga perkara yang perlu ada dalam menguruskan tugas harian iaitu bekalan kopi berterusan, keupayaan untuk tidur dan nada suara yang berkesan apabila marah.

Sumber asal: astro awani

0

Pengakuan Paling Kontroversi Oleh 5 Jejaka Paling Tampan Dan Sensasi Di Indonesia

Menjadi lelaki paling sensasi itu bukannya mudah, harus memiliki ketampanan atau juga kekayaan, mungkin juga kepintaran, ataupun memiliki bakat yang jarang sekali orang lain memilikinya. Namun anda boleh menjadi paling sensasi jika memiliki lebih dari satu kriteria yang dinyatakan di atas.

Di Indonesia, ada 5 jejaka paling sensasi di media sosial telah menjadi viral setelah memuat naik status yang penuh kontroversi yang menjadikan mereka semakin popular (mungkin) dan menjadi bahan bualan di kalangan netizen wanita.

 

Dikenali sebagai Saifudiin Castello mendedahkan wang  yang dia sanggup cagarkan untuk satu pertaruhan dengan syarat dia “pegang thailand” yang tidak diketahui maksudnya.

Meletakkan 5 Milyar atau RM1 Juta sebagai syarat yang disanggupinya. Selain itu dia turut meminta nombor akaun bank pesaingnya.

Jejaka ini membuat pengakuan paling berani di hadapan media sosial berkenaan ciri gadis yang dia mahukan sebagai kekasihnya.

Meletakkan garis panduan mudah sebagai syarat untuk calon pasangannya iaitu Cantik, Tinggi, Langsing, Baik, Setia, dan ada Pendidikan. Pilihan yang sungguh tepat sekali. Semoga berjaya.

Dikenali sebagai Choky Choky, jejaka ini mengumumkan berita gembira kerana sebagai jejaka paling tampan dia ingin mencari pasangan yang sesuai dengan keberadaannya. Antara syarat menjadi kekasihnya adalah:-

Satu, Harus Kaya kerana untuk menampung gaya hidupnya yang suka enjoy selain untuk standardnya sebagai keturunan Darah Biru iaitu gelaran keturunan dari kalangan bangsawan.

Kedua, Harus Cantik untuk memadankan cirinya yang sememangnya seorang jejaka tampan, dan lagi pula dia akan muntah jika melihat gadis yang berwajah tidak cantik.

Untuk itu dia juga memberi amaran kepada gadis yang tidak memenuhi dua syarat itu agar jangan cuba untuk mendekatinya.

Walaupun terpaksa menerima hakikat kerana disumpah terjadi sebagai seorang jejaka tampan namun hatinya tidak selalu mahu mengambil peluang hidup sebagai seorang Playboy.

Taat kepada pesan ibunya agar tidak sekali-kali menyakiti hati seorang wanita walaupun dia seorang yang cukup tampan.

Jejaka ini sebel (kecewa) kerana setelah memuat naik gambarnya (atas) dia dikatakan mirip  kepada Justin Biber (mungkin juga Justin Bieber).

Dia beranggapan mereka terlalu jauh berbeza kerana Justin Biber tidaklah memiliki ketampanan sepertinya sehingga bergelar Duta Tampan Dunia.

SUMBER; RILEKSLAH.MY

0

” Saya ketika mahu bernikah dengan suami tidaklah merampas hak orang. Sebaik suami ajak kahwin, saya minta bertemu dengan isteri pertama. Lepas 3 bulan kahwin, suami beritahu dia kahwin dengan saya sebab simpati, saya tidak berkecil hati kerana.. ” – Zarina Zainuddin

PELAKON Zarina Zainuddin, 48, mengakui dia sudah 25 tahun menjalani hidup bermadu dalam suasana harmoni dengan isteri pertama suaminya.

Ibu empat anak itu memberitahu dia setuju menjadi isteri kedua selepas bertemu dan meminta restu daripada isteri pertama untuk berkongsi suami.

“Saya dahulu, ketika mahu bernikah dengan suami tidaklah merampas hak orang. Sebaik suami ajak berkahwin, saya minta padanya untuk bertemu dengan isteri pertama.

“Ketika itu, niat saya mahu berkongsi kasih dan sudah jodoh dengan suami orang. Jadi, saya kena berani bertemu dengan isteri pertama suami untuk meminta restu.

“Alhamdulillah, apa yang saya lakukan itu memberi kebahagiaan buat kami sekeluarga. Sudah 25 tahun, hubungan saya dan madu sentiasa dalam kedaaan baik,” katanya.

Menurut pelakon drama Ku Kirim Cinta ini, pada awal perkahwinan dia dan suami pada usianya 22 tahun dahulu berpaksikan simpati.

“Saya berkahwin pada usia muda ketika nama masih di puncak dalam karier seni. Saya dan suami, kami tidak bercinta sakan.

“Suami hendak berkahwin dengan saya ketika itu kerana simpati. Itu pun, suami memberitahu saya selepas tiga bulan kami berkahwin,” katanya.

Menurut Zarina lagi, dia tidak berkecil hati dengan pengakuan itu kerana yakin niat suaminya ikhlas walaupun harus bermadu.

Ujarnya, dia sangat bersyukur dipertemukan jodoh dengan suami. Malah, berkat kesabaran, sentiasa mengalah dan sedar diri sebagai isteri kedua, Allah SWT memberikan kebahagiaan buat mereka sekeluarga.

“Adat menumpang kasih, saya harus tahu kedudukan diri. Apatah lagi, tiada wanita pun yang mahu berkongsi suami.

“Sejak dari dulu, saya sangat menghormati hak madu sebagai isteri pertama suami. Susah senang memang banyak mereka lalui bersama sebelum kemunculan saya.

“Apapun, indahnya kehidupan dijalani kini, saya dan madu tinggal berjiran. Rumah kami bersebelahan dan saling membantu di antara satu dengan lain termasuk berniaga pulut kuning bersama,” katanya.

Zarina berkata dia dan madunya juga sering memasak bersama dan jika sibuk dengan penggambaran drama maka isteri pertama dan suami akan menjaga anak-anaknya.

Hasil perkongsian hidup Zarina dan suami, mereka dikurniakan anak kembar istimewa, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 22, Muhammad Naim Azrai, 15, dan Muhammad Adam Azrai, 12.

Silakan SHARE..

Sumber : Harian Metro

0

[Video] Perempuan Ini Ditahan Polis Selepas Membuli Lelaki OKU Dengan Londeh Seluar Dan Bakar Punggung…

Tular di media sosial video seorang lelaki orang kelainan upaya dianiaya sekumpulan remaja sehingga menjadi kecaman netizen.

Menerusi video berdurasi 9 saat itu, lelaki yang dikenali sebagai Pok Ya itu telah diikat kedua-dua belah tanggannya manakala seluar yang dipakainya telah dilondehkan.

Kemudian datang seorang remaja lelaki telah mencucuh punggung Pok Ya sehingga dia mengaduh kesakitan. Pok Ya sempat merayu kepada remaja-remaja terbabit supaya dilepaskan tetapi tidak diendahkan.

Sementara itu, satu laporan polis telah dibuat oleh orang awamberhubung kejadian tersebut bagi meminta pihak polis menangkap remaja yang kurang ajar itu.

Netizen yang melihat video tersebut telah mengecam tindakan tersebut dan berharap agar pihak polis dapat menangkap remaja yang terlibat secepat mungkin.

Susulan laporan polis seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dianiaya sekumpulan remaja, pihak polis telah menahan dua remaja perempuan berusia 17 tahun yang berasal dari Hulu Terengganu bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, pihaknya kini sedang menyiasat motif sebenar kumpulan remaja terbabit berbuat demikian kepada mangsa.

“Kita turut merampas semua telefon bimbit bagi mencari individu yang merakam video itu dan individu lain yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Selain itu, kita turut membuat permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membuat pengesahan video yang ditularkan,” katanya.

Dalam kejadian di kawasan Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, 4 pagi semalam, lelaki OKU yang dikenali sebagai ‘Pok Ya Cong Codei’ dipaksa berbogel oleh sekumpulan remaja selain tangannya turut diikat ke belakang.

Kumpulan berkenaan turut mempersendakan ‘Pok Ya’ sambil dikatakan cuba membakar punggungnya dengan mancis.

Difahamkan, sebelum ini, ‘Pok Ya Cong Codei’ sering menghiburkan pengunjung Pantai Batu Buruk sebagai seorang pemuzik jalanan dan kebiasaannya orang ramai akan memberi upah RM2.

Sumber : mukamedia.com

Artikel berkaitan :

GEMPAR. Di Israel Orang Yahudi Sedang Giat Menempah Pedang Titanium Dalam Jumlah Yg Banyak !!!

Imam Mahadi akan berdoa kepada Allah agar minyak dilenyapkan dari muka bumi. Katanya waktu itu manusia akan berkenderaan hidup bukan berkenderaan mati.

Bayangkan dunia tanpa minyak. Peperangan di era Mahadi hanya akan berlaku di waktu siang dan bersenjatakan panah, pedang dan tombak. Mustahil? Allah Maha Berkuasa untuk melakukan sesuatu.

Mengapakah Kaum Yahudi menempah pedang-pedang Titanium? Adakah mereka lebih mengetahui dari kita? Memang mereka lebih mengetahui, peka, yakin dan sedang bersedia bersungguh-sungguh untuk menghadapi saat-saat genting pemusnahan bani Yahudi secara total dari muka bumi.
Yahudi memang suka melawan takdir. Percayalah era Imam Mahadi dan Dajjal sudah terlalu hampir. Kaum Yahudi amat yakin pemimpin Agung mereka iaitu Al-Moshaikh (Dajjal) akan muncul mengetuai mereka. Kaum Kristian pula amat yakin bahawa Al-Masih (Nabi Isa a.s) akan muncul memimpin mereka. Manakala kita, kaum muslimin yakin bahawa Al-Mahadi, Al-Moshaikh (Dajjal) dan Al-Masih a.s akan muncul. Menarik bukan?
Sesungguhnya Yahudi sedang kecut perut yang teramat-amat. Mereka membina tembok-tembok di Israel. Menanam pokok Ghardaqah dengan banyaknya. Malah telah menempah pedang Titanium dengan banyaknya. Hari mereka akan disembelih di bumi Israel makin hampir.
Mereka menempatkan tentera proksi di bumi Afghanistan dan Iraq untuk menghadang tentera dari Timur. Tetapi ramai umat Islam sedang lalai dan hampir tidak ambil peduli pada era yang ditentukan olehNya tetapi telah dikhabarkan oleh RasulNya 1426 tahun lampau.
Ketahuilah era Islam menakluki dunia semakin hampir. Benarlah sabda Rasulullah saw bahawa akan sampai satu masa tidak akan ada satu pintu yang tidak akan dimasuki Islam. Panjang umur kita semua akan menyaksikan seorang pemimpin Agung bergelar Imam Mahadi akan memerintah dunia sambil memegang panji-panji Islam.

Sumber : katakpisang.com

0

Jawapan Doktor Ini Pasal Hukum Menjilat Kemaluan Isteri Yang Pasti Mengejutkan !!

Menjilat kemaluan isteri adalah perkara yang jarang dibincangkan secara terbuka kerana masyarakat kita sangat sensitif dan pemalu. Jika dibuat kajian 98 peratus pasangan suami isteri melakukan “oral sex” ini. Jika ini membahagiakan pasangan suami isteri dalam menikmati perhubungan seks. Sila baca posting ini. Apakah hukumnya menjilat kemaluan isteri anda?

Allah SWT menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya’ dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks’ tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.

Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami

dan isteri tanpa ‘oral seks’, adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan. Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Yang mengharuskan

Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex’ atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks’ tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.

Pandangan ‘harus’ atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri ‘Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.

Perbincangan ringkas

Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.

Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang ceceair dikeluarkan semasa aktivti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.

Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci. Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.

Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.

Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.Oral seks” juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.

Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta’zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah. Ulama Yang Mengharamkan

Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut:-

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al’Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,
“Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.”

Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.

Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex’ dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.

Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-

Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak.

Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu ‘alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim – dan keadaannya seperti ini – merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan”

Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.

Tindakan men’generalize’ semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks’?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.

Kesimpulan

Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-

1. Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perkara khilaf.

2. Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.

3. Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia).

4. Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah’ kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.

5. Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, “Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua”.

Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.

Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membahayakan diri dan masyarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak.

Sumber : mediahijrah