0

Pengakuan Paling Kontroversi Oleh 5 Jejaka Paling Tampan Dan Sensasi Di Indonesia

Menjadi lelaki paling sensasi itu bukannya mudah, harus memiliki ketampanan atau juga kekayaan, mungkin juga kepintaran, ataupun memiliki bakat yang jarang sekali orang lain memilikinya. Namun anda boleh menjadi paling sensasi jika memiliki lebih dari satu kriteria yang dinyatakan di atas.

Di Indonesia, ada 5 jejaka paling sensasi di media sosial telah menjadi viral setelah memuat naik status yang penuh kontroversi yang menjadikan mereka semakin popular (mungkin) dan menjadi bahan bualan di kalangan netizen wanita.

 

Dikenali sebagai Saifudiin Castello mendedahkan wang  yang dia sanggup cagarkan untuk satu pertaruhan dengan syarat dia “pegang thailand” yang tidak diketahui maksudnya.

Meletakkan 5 Milyar atau RM1 Juta sebagai syarat yang disanggupinya. Selain itu dia turut meminta nombor akaun bank pesaingnya.

Jejaka ini membuat pengakuan paling berani di hadapan media sosial berkenaan ciri gadis yang dia mahukan sebagai kekasihnya.

Meletakkan garis panduan mudah sebagai syarat untuk calon pasangannya iaitu Cantik, Tinggi, Langsing, Baik, Setia, dan ada Pendidikan. Pilihan yang sungguh tepat sekali. Semoga berjaya.

Dikenali sebagai Choky Choky, jejaka ini mengumumkan berita gembira kerana sebagai jejaka paling tampan dia ingin mencari pasangan yang sesuai dengan keberadaannya. Antara syarat menjadi kekasihnya adalah:-

Satu, Harus Kaya kerana untuk menampung gaya hidupnya yang suka enjoy selain untuk standardnya sebagai keturunan Darah Biru iaitu gelaran keturunan dari kalangan bangsawan.

Kedua, Harus Cantik untuk memadankan cirinya yang sememangnya seorang jejaka tampan, dan lagi pula dia akan muntah jika melihat gadis yang berwajah tidak cantik.

Untuk itu dia juga memberi amaran kepada gadis yang tidak memenuhi dua syarat itu agar jangan cuba untuk mendekatinya.

Walaupun terpaksa menerima hakikat kerana disumpah terjadi sebagai seorang jejaka tampan namun hatinya tidak selalu mahu mengambil peluang hidup sebagai seorang Playboy.

Taat kepada pesan ibunya agar tidak sekali-kali menyakiti hati seorang wanita walaupun dia seorang yang cukup tampan.

Jejaka ini sebel (kecewa) kerana setelah memuat naik gambarnya (atas) dia dikatakan mirip  kepada Justin Biber (mungkin juga Justin Bieber).

Dia beranggapan mereka terlalu jauh berbeza kerana Justin Biber tidaklah memiliki ketampanan sepertinya sehingga bergelar Duta Tampan Dunia.

SUMBER; RILEKSLAH.MY

admin

Penulis artikel , viral, info, berita dalam dan luar negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *